Ahad, 11 Disember 2011

Rentetan Kehidupan

sbenarnya aku masih ragu dengan keputusan ku. Aku tidak pasti adakah ini pilihan yang tepat memandangkan apa yang akan ku tuliskan akan menjadi tatapan orang yang mungkin tidak sedikit. Perlukah aku membuka pekung di dada? Sudah lama aku menyimpan hasrat untuk menovelkan cerita dan kisah hidup ini tapi mungkin disebabkan kekurangan asas pengetahuan dalam penulisan novel ataupun mungkin juga ketandusan idea untuk menghasilkannya kerana masa yang berlalu bukan hanya sehari dua.. Tapi aku masih mahu meneruskan niat ku ini..


to be continue...

Rabu, 7 Disember 2011

kebetulan atau memang ada jodoh antara kami

05/12/2011

09:45PM
Aku tergesa-gesa keluar dari penginapan ku. jarak perjalanan dari rumah ke perhentian teksi lebih kurang 15 minit. Aku mempercepatkan langkah ku. Janji temu ku dengan seorang rakan di klang sempat membuat ku kelam kabut. Setibanya di perhentian teksi tidak ada satu pun teksi yang menunggu pelanggan di tempat biasa itu. Sial aku sudah terlambat begini lagi harus menunggu. Setengah jam kemudian sebuah teksi datang. Aku menahan teksi itu dan memberitahu arah tujuan ku. Pemandu yg kelihatan lugu itu hanya menganggukkan kepalanya.

10:15PM
Tepat 10:30pm aku sampai di perkarangan LRT Maluri. Aku berlari-lari anak menuju ke kaunter untuk membeli tiket. Tapi entah kenapa dengan nasib ku hari ini begitu malang. Jam tangan ku menunjukkan hampir pukul 11pm tp bayang tren dinantikan tidak muncul. Sebal sekali terasa di dalam hati. Tapi aku sendiri tidak mampu berbuat apa-apa.

10:45PM
Akhirnya tren menuju ke arah sentul timur akhirnya muncul jua. tanpa membuang waktu aku meluru ke dalam tren. Mataku memandang tepat ke arah panduan laluan perjalanan tren. Aku turun di stesen Masjid Jamek menuju ke tren laluan Kelana Jaya. Syukur aku tidak harus menunggu lama, tren aliran kelana jaya tiba sejurus aku sampai di tempat menunggu tren. Suasana hening, hanya beberapa petugas yang bersembang sesama mereka. Mungkin mereka sudah habis kerja agaknya, hatiku memberi jawapan. Untuk sampai ke KL Central tren haru melalui dua stesen lagi, tapi aku tidaklah terlalu bimbang kerana jaraknya hanya mengambil masa lebih kurang 5minit ke 10minit.

11:03PM
Detik ini bermula cerita sebenar ku. Aku ke kaunter untuk membeli tiket kemudian berlari-lari anak menuju ker platform no 5 laluan KTM ke Pelabuhan Klang. Aku menuruni tangga dgn secepatnya, risau kalau tidak sempat menaiki KTM. Ramainya orang disini bisik hati kecil ku. Aku melabuhkan punggung ku di sebalik tiang besar yang kedua berhadapan dengan tangga melepaskan lelah. Penatnya ku rasa. Sejurus kemudian petugas mengumumkan bahawa tren ke pelabuhan klang masih tersekat di stesen bandaraya. Entah kenapa aku juga tidak tahu dan aku sbenarnya tidak ingin tahu.
Aku memerhatikan sekelilingku. Sebelah kanan ku beberapa orang berbangsa inggeris dengan beg-beg besar mereka. Ke seremban agaknya. Ahh malas untuk memikirkan mereka. Sebelah kiri ku boleh tahan juga ramai orang yang sedang menunggu tren. Tapi mata ku terpandang kepada tiga orang yang aku fikirkan mungkin kawan. Dua daripada mereka duduk di atas bangku yang tersedia, seorang lg yang paling kiri duduk di atas lantai. Orang yang di duduk di tengah-tengah kelihatan comel sekali hahaha aku memerhatikannya dan aku rasakan dia turut memerhati ku. Pandangannya menuju kearah ku, OMG hati ku berdebar-debar. Aku jadi tidak menentu. Padahal aku ingin sekali menegurnya. Dia yang berbadan agak besar, tinggi, tapi mempunyai seraut wajah yang manis. Bibirnya manis kemerahan. Hidungnya mancung dan mememiliki sepasang mata yang cantik. Ya Allah aku seraya berdoa dalam hati ku hahaha.. andainya memang kami ditemukan untuk berkenalan, pertemukan aku lagi dengannya dengan apa cara sekali pun. Karna aku sedar aku tidak akan mungkin mampu untuk menegurnya. Aku terasa kecil d depannya. Hmmm segan dan malu kot hahaha...
Aku sempat melarikan diri ke depan untuk mengelakkan pandangannya yang sentiasa memandangku. Walaupun aku ingin sekali tapi aku harus mengawal perasaan ku. Bukannya apa aku takut kalau tekaan ku salah belaka. Mungkin juga dia memandang ku sebab pelik kan.. siapa tahu.. hahaha... tapi apa yang aku pasti aku ingin sekali mengenalinya.. hati ku terasa rindu..walaupn dia berada di depan mataku..

11:36PM
Lebih kurang 30 minit kemudian tren sampai. Aku sengaja memasuki gerabakyang sama dengan mereka. Dia duduk paling kiri di antara mereka. Aku hanya berdiri paling kanan bersebelahan dengan pintu masuk. Remaja - remaja yang duduk berkumpulan dalam gerabak yang sama kelihatan comel-comel. Mungkin masih belasan tahun agaknya. Riuh rendah dibuatnya. Tapi mata ku asyik ingin melihat dia. Hati ku benar-benar terpaut. Hinggalah sampai ke stesen padang Jawa, mereka bertiga turun di sini. Hati ku tidak menentu. Ingin menegur mereka tapi di sisi lain hati masih terasa bimbang andai tersalah tembak, alamat malulah aku. Mereka berlalu begitu sahaja dan aku meneruskan perjalanan.

Andainya sesiapa diantara mereka atau orangnya yang terbaca blog ini.. aku ingin kau tahu bahawa aku menantikan mu.. dan akan menantikan sehingga suatu saat Tuhan menemukan kita..sehingga suatu saat aku terlupa akan peristiwa ini. andainya memang jodoh kita, Ya Allah pertemukan kami lagi. Aku mohon Ya Allah pertemukan aku denganya walau hanya sekali. Andainya apa yang aku rasakan tidak seperti apa dia rasakan, aku pasrah dan aku tidak akan mengharapkannya lagi..aku akan lupakannya.


andai kau masih mengingati ku.. tolong hubungi aku...